Nadi X Lifelong Learning – Dilea – Program Khas - Webinar Motivasi Pelajar
4 Mei 2025 | Aktiviti TerkiniPada 03 Mei 2025 – Sabtu, bermula pada jam 2.30 petang sehingga 4.30 petang, NADI X Lifelong Learning Dilea kali ini menampilkan pembelajaran secara atas talian dengan menyediakan webinar slot program khas dengan tajuk kali ini Motivasi Pelajar. Program ini mensasarkan para peserta daripada kalangan pelajar sekolah menengah atas iaitu para pelajar tingkatan empat dan tingkatan lima. Edisi ini memberi penekanan kepada hala tuju selepas SPM, tips permohonan UPU Online dengan menggunakan kaedah pengiraan merit. Penampilan penceramah untuk kali ini iaitu Cikgu Azril yang merupakan panel Perunding Hala Tuju Pendidikan Program “Plan My Path” telah diberi tanggungjawab untuk mendidik para peserta. Semoga Program Khas ini sedikit sebanyak dapat memberi nilai tambah kepada para pelajar setelah menamatkan pengajian SPM kelak.
Intipati program adalah seperti berikut:
• Pengenalan
• Penerangan oleh penceramah
• Soalan & Jawapan
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: